NAMA AHLI KUMPULAN;
1) SABARIA ANAK IGU - PPG/32484/12 (691003135564)
2) ANGELA JULIA AK FRANKIE BAOT - PPG/32078/12 (761021136326)
3) RANYI ANAK LENGKIK - PPG/32450/12 (700416135388)
4) LENNY ANAK RASIP - PPG/32304/12 (720228135936)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 19 April 2012
Masa : 8.00 Pagi - 9.00 Pagi ( 60 minit )
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 4 Melati
Bilangan Murid: 20 Orang
Tajuk : Monyet Yang Pintar
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran,murid dapat:
- Membaca lancar teks cerita Monyet yang Pintar dengan sebutan dan intonasi yang betul secara kelas,kumpulan dan individu.
- Melakonkan semula watak haiwan berdasarkan kad dialog yang disediakan oleh guru.
- Menyenaraikan sekurang-kurangnya 8 daripada 10 simpulan bahasa yang menggunakan kata " hati "yang lain dengan betul dalam buku tulisan.
Hasil Pembelajaran ;
Fokus utama
5.2 Aras 1 Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan
2.1 Aras 3 (ii) Menghuraikan sesuatu perkara yang didengar dengan bahasa yang betul.
Fokus Sampingan
11.3 Aras 1 (i) Mengecam watak yang terdapat dalam teks.
11.3 Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan watak dalam teks.
Sistem bahasa;
1. Tatabahasa
Simpulan bahasa
a) Cari jalan
b) Naik darah
c) Beri muka
d) Ada hati
e) Ada jalan
f) Panas hati
2. Sebutan dan intonasi
- Intonasi bercerita
Pengisian Kukurikulum
a. Ilmu:
i. Pendidikan Moral
ii. Sains
iii. Sastera
b. Nilai:
i. Kerajinan
ii. Bekerjasama
iii. Penyayang
iv. Baik hati
v. Berani
c. Kemahiran bernilai tambah:
i. Kemahiran berfikir
ii. Kecerdasan pelbagai ( Interpersonal dan linguistik )
iii. Konstruktivisme
iv. Teknologi maklumat.
Pengetahuan sedia ada:
i. Murid pernah melihat dan kenal ciri-ciri monyet,singa,kambing tua dan kijang
ii. Murid tahu simpulan bahasa.
Bahan bantu mengajar
i. Laptop
ii. Gambar
iii. Kad Perkataan Simpulan bahasa.
Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran.
Set Induksi ( 7 minit )
1. Guru menayangkan gambar-gambar haiwan menggunakan laptop.
2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai gambar yang ditayangkan.
2.Murid diminta menyatakan nama-nama haiwan yang ditayangkan.
a) Pernahkah anda melihat haiwan ini?
b) Dimanakah anda melihat haiwan ini?
c) Namakan haiwan ini.
d)Siapakah yang pernah membaca atau menonton cerita ini?
e)Hari ini kita akan belajar mengenai....
3) Guru meminta murid menamakan cerita teladan binatang yang pernah mereka baca dan tonton.
a) Siapakah yang pernah membaca atau menonton cerita teladan binatang?
4) Guru meminta murid menyatakan tajuk pelajaran hari ini.
a) Hari ini kita akan belajar mengenai...............
Langkah 1( 15 minit)
Pengisian Kurikulum
1. Guru meminta murid membaca teks " Monyet yang pintar" secara senyap.
2.Guru meminta murid membaca teks tersebut secara kuat menggunakan sebutan dan intonasi yang
betul dan sesuai secara;
a) Kumpulan
b) Individu.
3. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerita Monyet
yang pintar.
4.Guru menyoal murid tentang watak yang mereka sukai serta mengapa mereka suka watak tersebut.
Langkah 2 ( 10 minit )
1.Guru mengedarkan kad dialog dan meminta murid meneliti kad tersebut.
2. Guru meminta 4 orang murid tampil ke hadapan kelas untuk melakonkan watak haiwan berdasarkan kad
dialog tersebut dengan intonasi yang betul.
3.Guru meminta murid meneka watak haiwan yang menutur dialog tersebut.
Langkah 3 (7 minit)
1.Guru memperkenalkan satu simpulan bahasa yang terdapat dalam cerita Monyet yang pintar dan
menerangkan maknanya.
2.Guru meminta murid mencari simpulan bahasa yang terdapat dalam teks tersebut.
3.Guru menerangkan setiap makna bagi simpulan bahasa yang terdapat dalam cerita tersebut dan
menulisnya di papan tulis.
Langkah 4 (15 minit)
1.Guru menulis pekataan hati di papan tulis dan meminta murid menyenaraikan sepuluh simpulan bahasa
"hati" secara berpasangan.
2.Guru meminta wakil kumpulan melaporkan hasil perbincangan kepada kelas.
3.Guru meminta murid menulis simpulan bahasa tersebut dalam buku latihan mereka dan mencari
maksudnya dengan menggunakan kamus.
Penutup (6 minit)
1.Guru menyoal murid mengenai isi pelajaran pada hari ini.
2.Guru menerapkan nilai murni.
No comments:
Post a Comment