Sunday, 20 May 2012

Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 4



NAMA AHLI KUMPULAN;

1) SABARIA ANAK IGU                               - PPG/32484/12  (691003135564)        
2) ANGELA JULIA AK FRANKIE BAOT         - PPG/32078/12  (761021136326)
3) RANYI ANAK LENGKIK                          - PPG/32450/12  (700416135388)
4) LENNY ANAK RASIP                              - PPG/32304/12  (720228135936)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh :                     19 April 2012
 Masa  :                    8.00 Pagi - 9.00 Pagi ( 60 minit )
 Mata pelajaran :        Bahasa Melayu
 Kelas :                     Tahun 4 Melati
 Bilangan Murid:         20 Orang
 Tajuk :                      Monyet Yang Pintar

Objektif Pembelajaran :
 Pada akhir pengajaran,murid dapat:
  1. Membaca lancar teks cerita Monyet yang Pintar dengan sebutan dan intonasi yang betul secara kelas,kumpulan dan individu.
  2. Melakonkan semula watak haiwan berdasarkan kad dialog yang disediakan oleh guru.
  3. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 8 daripada 10 simpulan bahasa yang menggunakan kata " hati "yang lain dengan betul dalam buku tulisan.

Hasil Pembelajaran ;
Fokus utama
5.2 Aras 1 Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan
2.1 Aras 3 (ii) Menghuraikan sesuatu perkara yang didengar dengan bahasa yang betul.
Fokus Sampingan
11.3 Aras 1 (i) Mengecam watak yang terdapat dalam teks.
11.3 Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan watak dalam teks.
Sistem bahasa;
1. Tatabahasa
 Simpulan bahasa
a) Cari jalan
b) Naik darah
c) Beri muka
d) Ada hati
e) Ada jalan
f) Panas hati
2. Sebutan dan intonasi
    - Intonasi bercerita
  Pengisian Kukurikulum 
a. Ilmu:
          i.   Pendidikan Moral
         ii.   Sains
         iii.  Sastera
b. Nilai:
          i.  Kerajinan
         ii.  Bekerjasama
         iii. Penyayang
          iv. Baik hati
          v.  Berani
c.  Kemahiran bernilai tambah:
          i.  Kemahiran berfikir
         ii.  Kecerdasan pelbagai ( Interpersonal dan linguistik )
        iii.  Konstruktivisme
        iv.  Teknologi maklumat.

Pengetahuan sedia ada:
          i.  Murid pernah melihat dan kenal ciri-ciri monyet,singa,kambing tua dan kijang
         ii.  Murid tahu simpulan bahasa.

Bahan bantu mengajar
          i.  Laptop
         ii.  Gambar
        iii.  Kad Perkataan Simpulan bahasa.

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran.
Set Induksi ( 7 minit )
1. Guru menayangkan  gambar-gambar haiwan menggunakan laptop.
2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai gambar yang ditayangkan.
2.Murid diminta menyatakan nama-nama haiwan yang ditayangkan.
a) Pernahkah anda melihat haiwan ini?
b) Dimanakah anda melihat haiwan ini?
c) Namakan haiwan ini.
d)Siapakah yang pernah membaca atau menonton cerita ini?
e)Hari ini kita akan belajar mengenai....
3) Guru meminta murid menamakan cerita teladan binatang yang pernah mereka baca dan tonton.
a) Siapakah yang pernah membaca atau menonton cerita teladan binatang?
4) Guru meminta murid menyatakan tajuk pelajaran hari ini.
a) Hari ini kita akan belajar mengenai...............

Langkah 1( 15 minit)
Pengisian Kurikulum
1. Guru meminta murid membaca teks " Monyet yang pintar" secara senyap.
2.Guru meminta murid  membaca teks tersebut secara kuat menggunakan sebutan dan intonasi yang
    betul dan sesuai secara;
   a) Kumpulan
   b) Individu.
3. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerita Monyet
    yang pintar.
4.Guru menyoal murid tentang watak yang mereka sukai serta mengapa mereka suka watak tersebut.

Langkah 2 ( 10 minit )
1.Guru mengedarkan kad dialog dan meminta murid meneliti kad tersebut.
2. Guru meminta 4 orang murid tampil ke hadapan kelas untuk melakonkan watak haiwan berdasarkan kad
    dialog tersebut dengan intonasi yang betul.
3.Guru meminta murid meneka watak haiwan yang menutur dialog tersebut.
 
Langkah 3 (7 minit)
  1.Guru memperkenalkan satu simpulan bahasa yang terdapat dalam cerita Monyet yang pintar dan
     menerangkan maknanya.
  2.Guru meminta murid mencari simpulan bahasa yang terdapat dalam teks tersebut.
  3.Guru menerangkan setiap makna bagi simpulan bahasa yang terdapat dalam cerita tersebut dan
     menulisnya di papan tulis.

Langkah 4 (15 minit)
   1.Guru menulis pekataan hati di papan tulis dan meminta murid menyenaraikan sepuluh simpulan bahasa
      "hati" secara berpasangan.
   2.Guru meminta wakil kumpulan melaporkan hasil perbincangan kepada kelas.
   3.Guru meminta murid menulis simpulan bahasa tersebut dalam buku latihan mereka dan mencari
      maksudnya dengan menggunakan kamus.

Penutup (6 minit)
   1.Guru menyoal murid mengenai isi pelajaran pada hari ini.
   2.Guru menerapkan nilai murni.






Saturday, 19 May 2012

Friday, 18 May 2012

Lampiran 2
Langkah 1(Perwatakan haiwan)

 
a)Singa ______________








b)Kambing tua sangat___________








 c)Monyet_____________


d)Kijang___________






 Kamu suka atau tidak dengan perwatakan haiwan di atas?Mengapa?

Lampiran 3
Langkah 2 (Dialog)

Cuba teka haiwan apakah yang mengucapkan dialog di bawah.
  1.  Kita masih ada jalan.Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama.
  2. Mengapa lambat,ha?engkau tau tak,aku lapar? 
  3. Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu.Ada hati dia mahu makan kita.Kita mesti  membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya.
  4.  Biar saya pergi berjumpa dengan singa itu.Saya merayu kepadanya agar tidak menangkap  haiwan di hutan ini lagi.
Lampiran 4
Langkah 3
Simpulan bahasa
Cari makna simpulan bahasa berikut.
  1. Cari jalan = ________________
  2. Naik darah =________________
  3. Beri muka =______________
  4. Ada hati =_________________
  5. Panas hati =________________
Langkah 4
  1. Ini bentuk apa?
Hati



2.Senaraikan sepuluh simpulan bahasa hati.
  1.  ______________
  2. _______________
  3. _______________
  4. _______________
  5. _______________
  6. _______________
  7. _______________
  8. _______________
  9. _______________
  10. _______________




Lampiran 4 (Penutup)
Penerapan nilai murni.
  1. Kita mesti bersikap seperti :
          a)Baik hati seperti _____________
          b)Penyayang seperti ____________
          c)Berani seperti _______________